Dec 30, 2009

Cawan bujang

Salam semua.....pejam celik pejam celik dah dekat ke penghujung 2009, taun 2010 pula menjelma. Anak2 pun dah mula sekolah semula, dan biasa lah setiap kali buka sekolah tu banyaklah perbelanjaan kelengkapan mereka , pakaian , kasut ...buku dan bagai lah lagi. tapi demi untuk pelajaran dan masa depan mereka kena lah sediakan...kan tu tanggungjawab kita sebagai ibu bapa.

hunting apek?.....tak de juga...setakat `hunting' di kedai maya tu ada lah juga, sambil tekan keyboard dan mouse pun boleh shopping juga, tu la zaman sekarang ni semuanya mudah...janji mesti ada RM..hehehhe semuanya nak beli kan.

Beberapa minggu lepas ada saya masukkan entri teko montok berbunga merah kuning, tapi masa tu merangkap teko ibu tunggal yg lama juga bersendirian, akhirnya dengan bantuan Saidah jumpa jugalah dengan anaknya2. Cawan berbunga merah kuning ni juga nampak montok juga dan bermulut luas gitu (ala2 luas lagi dari mulut J gitu) tapi tanpa piring, harap2 tu akan jumpa lah nanti tu.










Esok cuti lagi.....berturut turut dah 4minggu cuti pada hari jumaat, bestnya. Insyaallah kalau jadi esok nak menghala ke Pengkalan Balak, Melaka nak berehat2 ambil angin laut dan makan ikan bakar.

Dec 21, 2009

Air Mata Biru..

Air mata biru?...ada ka air mata warna biru, kalau diletak mekap kat mata tu warna biru keluarlah agaknya air mata warna biru tu tu kut.....
Pinggan, mangkuk, piring serta gelas serba 2 ni pemberian Dila dari Alor Gajah Melaka yang saya kenali hanya dari tersalah terima parcel (pernah cerita rasanya kat entry lepas2)...tak sangka boleh jadi rapat dan sentiasa berhubung sampai la sekarang ni, tapi belum pernah bersua muka lagi. Dila ni sentiasa mengikuti blog kita semua dan rasanya kolesi dia pun dah banyak sangat2 dah sekarang ni.










Close up air mata biru.


Set Nasi lemak sarapan pagi hujung minggu baru2 ni.....dihidang dalam air mata biru.

Sekian saja catatan hari ni.....sehingga bersua lagi.

Dec 15, 2009

Teko Comel

Teko comel setinggi 4" dengan motif ikan emas....sebenarnya saya kurang minat dengan motif2 haiwan ni, suka lagi kepada bunga bungaan, tetapi tu lah dari dibiarkan berabuk kat kampung baiklah saya ambil. Sekurang kurangnya boleh la dijadikan kenangan anak cucu nanti boleh lah juga menambah kepada stok teko yang sedia ada (yang tak banyak mana pun).hehhehe



Teko comel ...ikan mas kut tu, kedua dua belah teko ni dengan gambar dan saiz yang sama.

Dec 14, 2009

Mee Banjir Udang Mak Teh Kuala Sepetang

Rasa terpanggil pula nak buat entri Mee Udang selepas tengok Nannie seisi keluarga menjamu selera Mee Udang di Kuala Sepetang. Saya sekeluarga kesana masa dalam perjalanan balik kampung untuk menyambut Aidiladha yang lalu, mula2 tu 50-50 nak singgah sebab 2 orang anak dara saya tu masih belum baik sepenuhnya dari `Chicken pox'....tapi penangan nak makan mee Udang terlalu kuat, akhirnya singgah juga.
Kami menjamu selera di kedai Mak Teh sebab hanya satu2 kedai tu saja yang buka pada hari tersebut...yer la esoknya kan dah nak raya, kira nasib baik la ada yang buka..kalau tidak melopong lahhhh.....


Papan tanda ke Warung Mee Banjir Udang MakTeh


Order juga ais kacang.


Sepinggan Mee Udang (spesis udang bela - agak kecik skit berbanding udang laut). Order kedua2 jenis udang laut dan juga bela.


Mee udang bela RM 6 (dengan 12 ekor udang saiz macam gambar tu).Mee Udang Laut RM 10 (dengan 10 ekor udang yang agak besar sikit saiznya - tiada gambar).



Kulit udang bersepah.

Kesimpulannya:
o Puas makan sebab udang banyak.
o Udang belaan kurang fresh hari tu berbanding dengan udang laut
o Persekitaran tu banyak sangat lah pula lalat...mungkin penangan bau kulit udang tu kut...hehehhehe. Awas untuk mereka yang ada resdong, jenuh menggaru.

Dec 13, 2009

Keluarga Kekwa Hitam

Salam semua ......macam mana dengan hari minggu masing2, tambahan pula warga Selangor yang hari jumaatnya lagi dah mula bercuti..mesti ada yang bawa anak2 bercuti dan sambil2 tu si ibu ni akan ambil mencelah juga la `hunting' mana2 tempat yang pergi tu.....
Si Bunga kekwa ni Walaupun hitam tapi tetap menawan kan..Sebahagian pinggan kekwa yang ada ni diambil dari rumah tok dikampung, pendekata kalau nak berkenduri doa selamat dulu2 (dulu la, sekarang depa dah tak guna pinggan tu) cukuplah digunakan untuk hidangan para tetamu...itu pun kira dah banyak yang pecah. Dari permerhatian saya lah kan masa meronda2 dikedai apek kat utara tempohari, pinggan yang berbunga kekwa hitam ni masih lagi banyak dijual.


Sebahagian kekwa hitam yang ada dalam simpanan....Pinggan makan tiada dalam gambar (malas nak bawa keluar - tersorok kedalam kabinet..hheheh). Piring leper tu saja yang saya beli dari beberapa kedai apek di Alor Setar dan Pendang dengan harga yang cukup berbaloi baloi.


Cawan mulut lebar kekwa ni pula dapat dari MAHA Serdang, asalnya nak cuci mata jer, tapi akhirnya cuci poket sekali. Memang dah lama saya mengidam cawan kekwa yang bermulut lebar ni...alang2 dah terjumpa tu terus beli,tak boleh nak kata apa dah.


Posing secara solo


Bingka ubi dalam piring kekwa....terlior tak?

Dec 10, 2009

Sudu Tembaga

Salam ceria semua...memang ceria sikit hari ni sebab selangor cuti, bolehlah bermalas malasan kat rumah sambil bertenet, en.suami pula kerja jadi tak kemana mana lah kut hari ni. Nampaknyanya bulan Disember ni banyak la dapat merasa cuti hari jumaat bermula dari hari ni sampai lah ke 1 January 2010 nanti, bestnyaaaa.
Untuk entri hari ni pula bukan pinggan atau cawan tapi masih berkisar pasal perlatan dapur juga...Sudu tembaga atau pun `camca' - panggilan untuk orang utara. Sudu ni sebenarnya adalam simpanan mangkuk lama rumah lama tuk dikampung (yang ditinggalkan- tiada penghuni) dalam kedudukan yang agak tersorok....Masa dapat tu kata mak kaler dia tak serupa ni (mak yang tolong geledah, kita ni jadi tukang kutip bawa balik sini saja ya)selepas digilap dan cuci dengan air asam jawa nampak la berkilat skit.
Untuk makluman, kerja2 mencuci semua ni diambik alih oleh mak ya.....


Sudu dan garpu tembaga - ni sahaja yang dapat selepas dibahagi 2 dengan mak. Kata mak masa dulu2 banyak sebenarnya sudu tembaga ni, tapi mungkin dah hilang sebahagian kut. Masa kemas2 sebelum tu mak ada juga terjumpa kerongsang baju kurung emas lagi, yang pesen dulu2 tu..terlupa pulak nak ambik gambar kerongsang tu.
Angan2 masa tu kalau la masa dok kemas2 terjumpa sejongkong mas ka atau pun duit lama berkepuk kepuk ka....boleh lah buat modal hunting lagi secara besar besaran.....hehehhehe,, berangan mat jenin laaaa.


sudu teh/kecilnya pula.

Sekian saja catatan hari ni...nak kena masuk dapur dulu nak perabihkan stok daging dan tulang Kurban dalam peri ais tu...tngah cari idea nak masak apa ni...

Dec 9, 2009

Teko hunting lagi...

Salam petang....masih lagi cerita teko, nak kata lumayan dapat tu tak lah sangat, tapi kira ok lah juga. Dapat lagi teko2 yang agak montok juga, tapi hanya takat teko sajalah, cawannya belum pun ada lagi, nak kena cari lah lepas ni rasanya.


Teko berbunga merah dan kuning, bulat kan bentuk dia.....dapat dikedai apek yang sama dengan teko OC tu.


Pandangan sebelah lagi.


Ni pula teko peonis biru, pernah tengok koleksi Kak Azzah `nostalgia lama' punya, tapi dia punya hampir lengkap dengan cawan dan juga mug. Cop kat bawah tu betul2 tulisan China. Kecik jer saiz teko ni, lebih kurang dalam 5" saja...

Sekian saja lapuran untuk hari ni....

Hunting di Alor Setar

Salam pagi khamis semua, harap2 semua rerakan dalam keadaan sejahtera selalu. Entri hari ni adalah hasil yang dapat masa balik beraya haji dikampung bebaru ni....dapat la serba sikit.


Dapat sebiji teko gemuk OC berbunga merah putih, rasanya ramai dah otai2 pinggan mangkuk yang memiliki teko ni (harus ada la kan)....untuk saya yang baru dapat ni kemain kembang kempis lagi...Sebelum ni dah dapat teko kurus masa kat Sarawak hari tu.


Dapat juga sugar port OC juga, tapi bunganya tak sama.....tapi sekali imbas tu boleh je lah diserasikan dengan teko2 tersebut, bukannya salah pun..hehheheh.


Keluarga OC......nampak tak perbezaan bunga pada teko dan creamer tu. cheq tak kisah sangat pun..hehhehe.


Sugar pot bunga padi, ada 2 biji dan kedua2 biji tu saya rembat......alahai blur pulak lah gambar tu.

Ada lagi...akan bersambung kemudian.
esok pula Selangor cuti, bestnyaaaa.

Dec 2, 2009

Teko kangkung yang seciput....

Teko kangkung yang ada dalam simpanan saya, tak banyak manapun...ada yang dibeli dan juga hasil barter teman2 dialam siber..









Nov 30, 2009

koleksi di kedai apek.......di Aloq Setaq

Salam pagi selasa.....apa khabar? Hari Raya Korban pun dah berlalu, tapi rasanya masih ramai lagi kut yang masih bercuti, yer lah sempena dengan cuti sekolah ni...mesti ada yang ambik kesempatan ni untuk bawa anak2 bercuti. Semasa cuti aidiladha baru2 ni saya balik ke kampung halaman diutara tanahair... sambil2 ke kenduri korban tu sempat la lagi menginggah ke kedai apek..tinjau2 dan belek2. Apa yang saya nak tunjukkan kat bawah ni ada lah koleksi disalah satu kedai yang saya kunjungi (Alor Setar dikawasan Pekan China, tapi ikut alamat kedai tu ditulis Pekan Melayu. Koleksi ni merupakan mangkuk2 lama dan juga Mug bertutup dan juga pinggan...nampaknya apek ni cukup berminat dengan mangkuk dan mug bertutup, siap bertulis lagi kat situ`Untuk Pameran sahaja' dan kata apek tersebut dia sama sekali tak akan jual koleksi tersebut, siap cerita lagi usia mangkuk2 tersebut, sebahagian adalah yang pernah dijual dulu dan ada juga yang dia berbater dengan sesama rakan niaga....sebelum beredar selepas beli serba sikit saya minta izin ambil gambar2 tersebut...jom la jamu mata tengok.


Deretan mangkuk dan pinggan.








Deretan mug bertutup, ada lagi gambar bahagian kat atas tu tapi agak blur.....guna hp ja masa tu, camera tertinggal.

Nov 23, 2009

Hiasan dalaman pula - bukan rumah saya ya!

Salam hari selasa semua. Hari ni tak da sesi untuk pinggan mangkuk dan angkatannya, cuma nak selitkan sikit hiasan dalam pula, tapi bukan rumah saya ya...begitu suka sekali tengok hiasan dalaman rumah teman lama saya ni. Pada Hari Raya lepas saya berkesempatan berkunjung ke rumah teman lama ni yang dah beberapa tahun tak berjumpa. Teman saya ni (Onna - rasanya maklang azie pernah jumpa sebab dia pernah belajar deko cc tak lama dulu) bab2 hias menghias ni memang dia rajin tak macam saya ni hehehehhehe, kot ada yang pitam kalu tengok dalaman rumah saya..meh kita tengok rumah teman saya ni.


Kat ruang, jemu dah dengan warna ala2 kemerahan/pink...ditukarnya ke biru.




Katil ka sofa ni?


Bila saya intai2 ada teko sakura dengan ros hitam kat dalam tu.

Teko gemok - ala2 meakin

Salam petang isnin semua....Sabtu lepas masa meronda ke MAHA Sedang (car boot sales) ternampaklah akan saya sebiji teko gemok berwarna biru, memula ingatkan teko keluaran meakin...tapi tidak rupanya..cop pun tak da dibawah tu...tak pasti buatan mana, tapi rasa2 saya lah yang tak berapa mahir lagi ni...buatan China kut agaknya....mana2 pakar yang tau boleh perjelaskan lagi. Walaupun bukan dari spesis meakin tetap juga saya berkenan dan trus meminang.....


Tengoklah tu body dia, montok dan tegap gitu.....sekali pandang memang macam meakin kan....kot ya saya sorang ja yang perasan camtu...
Nota: Menurut Yatt teko ni buatan Jepun



Balik tu saya gilap cantik2 dan temukan dengan anak2 mereka yang dah lama nantikan kehadiran ibu mereka.....walaupun dari `genetik' yang berlainan tapi nampak begitu serasikan bila disatukan, bila diperatikan betul2 dengan mata kasar saya warna biru pada teko ni agak pekat sikit dari cawannya.....suka sangat dapat teko tu, walaupun tak lah berjenama seperti cawan2 tersebut. tak kisah ai tak sejenama pun, janji ngam gitu.

Nov 22, 2009

Ole ole Kuching - Episod akhir

Salam semua.....ni entri yang akhir untuk episod jalan2 kuching, dan merupakan ole ole sebenar yang saya dapat dari Jalam Gambir. Semasa merayau rayau kat situ terjumpalah satu kedai yang jual pinggan lama dan baru, ada lagi rasanya kedai sebegini di kawasan berhampiran, tapi keadaan cuaca tak mengizinkan untuk saya merayau lebih jauh, faktor anak lagi yang merengek keletihan.....Tak per janji dapat apa yang saya berkenan, dan ada beberapa benda lagi yang saya rasa terkilan tak beli....Dapat lah sebiji teko OC dengan 2 creamer jug.











Selitkan sekali masakan sabtu lepas, bayam lemak putih bersama sambal tumis sotong & ikan temenung goreng.

Blog Widget by LinkWithin