Nov 30, 2009

koleksi di kedai apek.......di Aloq Setaq

Salam pagi selasa.....apa khabar? Hari Raya Korban pun dah berlalu, tapi rasanya masih ramai lagi kut yang masih bercuti, yer lah sempena dengan cuti sekolah ni...mesti ada yang ambik kesempatan ni untuk bawa anak2 bercuti. Semasa cuti aidiladha baru2 ni saya balik ke kampung halaman diutara tanahair... sambil2 ke kenduri korban tu sempat la lagi menginggah ke kedai apek..tinjau2 dan belek2. Apa yang saya nak tunjukkan kat bawah ni ada lah koleksi disalah satu kedai yang saya kunjungi (Alor Setar dikawasan Pekan China, tapi ikut alamat kedai tu ditulis Pekan Melayu. Koleksi ni merupakan mangkuk2 lama dan juga Mug bertutup dan juga pinggan...nampaknya apek ni cukup berminat dengan mangkuk dan mug bertutup, siap bertulis lagi kat situ`Untuk Pameran sahaja' dan kata apek tersebut dia sama sekali tak akan jual koleksi tersebut, siap cerita lagi usia mangkuk2 tersebut, sebahagian adalah yang pernah dijual dulu dan ada juga yang dia berbater dengan sesama rakan niaga....sebelum beredar selepas beli serba sikit saya minta izin ambil gambar2 tersebut...jom la jamu mata tengok.


Deretan mangkuk dan pinggan.








Deretan mug bertutup, ada lagi gambar bahagian kat atas tu tapi agak blur.....guna hp ja masa tu, camera tertinggal.

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin