Nov 30, 2009

koleksi di kedai apek.......di Aloq Setaq

Salam pagi selasa.....apa khabar? Hari Raya Korban pun dah berlalu, tapi rasanya masih ramai lagi kut yang masih bercuti, yer lah sempena dengan cuti sekolah ni...mesti ada yang ambik kesempatan ni untuk bawa anak2 bercuti. Semasa cuti aidiladha baru2 ni saya balik ke kampung halaman diutara tanahair... sambil2 ke kenduri korban tu sempat la lagi menginggah ke kedai apek..tinjau2 dan belek2. Apa yang saya nak tunjukkan kat bawah ni ada lah koleksi disalah satu kedai yang saya kunjungi (Alor Setar dikawasan Pekan China, tapi ikut alamat kedai tu ditulis Pekan Melayu. Koleksi ni merupakan mangkuk2 lama dan juga Mug bertutup dan juga pinggan...nampaknya apek ni cukup berminat dengan mangkuk dan mug bertutup, siap bertulis lagi kat situ`Untuk Pameran sahaja' dan kata apek tersebut dia sama sekali tak akan jual koleksi tersebut, siap cerita lagi usia mangkuk2 tersebut, sebahagian adalah yang pernah dijual dulu dan ada juga yang dia berbater dengan sesama rakan niaga....sebelum beredar selepas beli serba sikit saya minta izin ambil gambar2 tersebut...jom la jamu mata tengok.


Deretan mangkuk dan pinggan.








Deretan mug bertutup, ada lagi gambar bahagian kat atas tu tapi agak blur.....guna hp ja masa tu, camera tertinggal.

Nov 23, 2009

Hiasan dalaman pula - bukan rumah saya ya!

Salam hari selasa semua. Hari ni tak da sesi untuk pinggan mangkuk dan angkatannya, cuma nak selitkan sikit hiasan dalam pula, tapi bukan rumah saya ya...begitu suka sekali tengok hiasan dalaman rumah teman lama saya ni. Pada Hari Raya lepas saya berkesempatan berkunjung ke rumah teman lama ni yang dah beberapa tahun tak berjumpa. Teman saya ni (Onna - rasanya maklang azie pernah jumpa sebab dia pernah belajar deko cc tak lama dulu) bab2 hias menghias ni memang dia rajin tak macam saya ni hehehehhehe, kot ada yang pitam kalu tengok dalaman rumah saya..meh kita tengok rumah teman saya ni.


Kat ruang, jemu dah dengan warna ala2 kemerahan/pink...ditukarnya ke biru.




Katil ka sofa ni?


Bila saya intai2 ada teko sakura dengan ros hitam kat dalam tu.

Teko gemok - ala2 meakin

Salam petang isnin semua....Sabtu lepas masa meronda ke MAHA Sedang (car boot sales) ternampaklah akan saya sebiji teko gemok berwarna biru, memula ingatkan teko keluaran meakin...tapi tidak rupanya..cop pun tak da dibawah tu...tak pasti buatan mana, tapi rasa2 saya lah yang tak berapa mahir lagi ni...buatan China kut agaknya....mana2 pakar yang tau boleh perjelaskan lagi. Walaupun bukan dari spesis meakin tetap juga saya berkenan dan trus meminang.....


Tengoklah tu body dia, montok dan tegap gitu.....sekali pandang memang macam meakin kan....kot ya saya sorang ja yang perasan camtu...
Nota: Menurut Yatt teko ni buatan Jepun



Balik tu saya gilap cantik2 dan temukan dengan anak2 mereka yang dah lama nantikan kehadiran ibu mereka.....walaupun dari `genetik' yang berlainan tapi nampak begitu serasikan bila disatukan, bila diperatikan betul2 dengan mata kasar saya warna biru pada teko ni agak pekat sikit dari cawannya.....suka sangat dapat teko tu, walaupun tak lah berjenama seperti cawan2 tersebut. tak kisah ai tak sejenama pun, janji ngam gitu.

Nov 22, 2009

Ole ole Kuching - Episod akhir

Salam semua.....ni entri yang akhir untuk episod jalan2 kuching, dan merupakan ole ole sebenar yang saya dapat dari Jalam Gambir. Semasa merayau rayau kat situ terjumpalah satu kedai yang jual pinggan lama dan baru, ada lagi rasanya kedai sebegini di kawasan berhampiran, tapi keadaan cuaca tak mengizinkan untuk saya merayau lebih jauh, faktor anak lagi yang merengek keletihan.....Tak per janji dapat apa yang saya berkenan, dan ada beberapa benda lagi yang saya rasa terkilan tak beli....Dapat lah sebiji teko OC dengan 2 creamer jug.











Selitkan sekali masakan sabtu lepas, bayam lemak putih bersama sambal tumis sotong & ikan temenung goreng.

Nov 19, 2009

Ole ole Kuching - Part II

Sambung lagi episod jalan2 kat Kuching

Kat Bazar, seberang jalan ja dari hotel dan boleh kata hari2 pi kat sini.....sepanjang kedai kat jalan ni penuh dengan cenderamata, batik, kek lapis pun ada...pendekata macam2 ada. Penghujung Bazar ni akan bertembung dengan Jalam Gambir...kat situ lah saya terjumpa teko dengan creamer jug Oriental Ceramic, akan dimasukkan entri kemudian.











Pergi Pusat Hidupan Liar Semenggoh



Buat apa kat sini? anak nak tengok orang Hutan.....dapat tengok
secara terbuka orang hutan ni (memang tak berpagar langsung).



Tempat buat Pasu Sarawak...



Tengok saja....tak beli pun. Kalau pinggan lama mungkin beli kut..hehehhe


Antara bangunan2 kat sana


Port Margherita


DUN Sarawak - diseberang sungai


Astana


Muzium China

Perut mesti diisi ya, ni pula antara makanan2 yang dimakan masa kat sana, satu jer kempunan-
Mee Jawa Spesel.

Laksa Sarawak


Nasi Ayam Penyet


Mee Kolok Sup


Mee kolok Goreng


Lapangan Antarabangsa Kuching


Saya dah nak balik.


Kan dah cakap.....beg dah beranak pinak masa nak balik. (memang
sengaja bawa beg tambahan pun)

Nov 17, 2009

Ole ole Kuching - Part 1

Salam semua, apa khabar.....sibuk menghunting lagi ka? Episod kali ni tak der pinggan mangkuk ya, cuma nak selitkan sikit `percutian' saya baru2 ni (percutian...bunyi macam hebat sangat la kan hehheheheh). Nak tayang barang baru pun yang ada tak banyak mana, layan jer lah gambar kat bawah ni.


Masa pergi....konpem beg beranak masa balik.....


Ruang udara Kuching, sebahagian sungai Serawak.


Kami duk sini 3 malam. Harbour View Hotel, Kuching. Dekat sangat dengan Main Bazar dan Kuching Waterfront...kiranya hari2 lah pergi melabur duit kat Bazar tu.


Karpet hotel pun belang macam kek lapis.




Sungai Sarawak


Sampan nak keseberang sungai..kami naik ni la seberang sana beli kek Lapis Dayang Salhah. Memula tu gayat gak, Sib baik dayung 2 -3 kali jer pastu dia trus pasang enjin. kira ok lah...agak2 macam berani keesokannnya tu saya naik lagi...




Bandaraya Kuching



Tempat yang mesti pi ambik gambar kalau pi ke Kuching. hehehehhe








Pasar Satok, macam2 ada dari barang barang sampai la ke kain batik dan cenderamata.
Terubuk tu tinjau2 ja dulu, oder dan minta dia hantarkan kat hotel masa hari nak balik.


Kedai kek Dayang Salhah diseberang sungai.....




rasa dulu sebelum beli..


Hasil untuk dibawa balik, sekotak terubuk dan kek lapis.


Lepas penat merayau, pekena sepinggan mee kolok, sebelum pergi lagi dah terbayang bayang nak cuba pelbagai jenis makanan disana macam Laksa Sarawak, Ayam Penyet dan satu lagi tu Mee jawa spesel....Mee Kolok ni saya makan Kat Jalan Satok. Sudahnya yang lain2 dapat makan kecuali Mee jawa spesel. Cuaca kat Kuching yang hujan dipetang hari antara faktor2 saya tak dapat makan mee ni....sib baik tak mengidam.

Blog Widget by LinkWithin