Salam semua, apa khabar.....sibuk menghunting lagi ka? Episod kali ni tak der pinggan mangkuk ya, cuma nak selitkan sikit `percutian' saya baru2 ni (percutian...bunyi macam hebat sangat la kan hehheheheh). Nak tayang barang baru pun yang ada tak banyak mana, layan jer lah gambar kat bawah ni.
Masa pergi....konpem beg beranak masa balik.....
Ruang udara Kuching, sebahagian sungai Serawak.
Kami duk sini 3 malam. Harbour View Hotel, Kuching. Dekat sangat dengan Main Bazar dan Kuching Waterfront...kiranya hari2 lah pergi melabur duit kat Bazar tu.
Karpet hotel pun belang macam kek lapis.
Sungai Sarawak
Sampan nak keseberang sungai..kami naik ni la seberang sana beli kek Lapis Dayang Salhah. Memula tu gayat gak, Sib baik dayung 2 -3 kali jer pastu dia trus pasang enjin. kira ok lah...agak2 macam berani keesokannnya tu saya naik lagi...
Bandaraya Kuching
Tempat yang mesti pi ambik gambar kalau pi ke Kuching. hehehehhe
Pasar Satok, macam2 ada dari barang barang sampai la ke kain batik dan cenderamata.
Terubuk tu tinjau2 ja dulu, oder dan minta dia hantarkan kat hotel masa hari nak balik.
Kedai kek Dayang Salhah diseberang sungai.....
rasa dulu sebelum beli..
Hasil untuk dibawa balik, sekotak terubuk dan kek lapis.
Lepas penat merayau, pekena sepinggan mee kolok, sebelum pergi lagi dah terbayang bayang nak cuba pelbagai jenis makanan disana macam Laksa Sarawak, Ayam Penyet dan satu lagi tu Mee jawa spesel....Mee Kolok ni saya makan Kat Jalan Satok. Sudahnya yang lain2 dapat makan kecuali Mee jawa spesel. Cuaca kat Kuching yang hujan dipetang hari antara faktor2 saya tak dapat makan mee ni....sib baik tak mengidam.
Nov 17, 2009
Ole ole Kuching - Part 1
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment