Sep 29, 2009

Serba pink

Masih lagi dengan barang hunting masa cuti raya tempohari...barang campur2 dan kiranya ni saki baki yang ada sebiji dua kat kedai tu, tengok harga pun macam berpatutan jadi ambik jer lah. Selepas cuci bersih2 semuanya nampak comel la pulak (puji sendiri ni..hehhehe).


Dapat 1 set cawan pink, tanpa cap mohor. Boleh lah dipadankan dengan Flag & Crown Pink kepunyaan saya ittew.


Dalam pada belek2 pinggan tejumpa mangkuk 2 biji ni, berkenan dengan lekuk2 yang beralun kat dinding luar mangkuk tu pastu dilingkasi dengan rim emas.(tak reti nk describe camna ni). Cop kat belakang biasalah `Made In China'


Close up skit.

Sep 28, 2009

OC lagi

Entri hari ni masih dengan OC lagi, cuma warna jer yang lain..corak masih sama. Pinggan Maple warna kuning ni saya dapat 5 biji saja dan salah satu pinggan tu sumbing skit tapi kalau sekali pandang tu tak akan perasan pun. 2 biji pinggan dengan saiz 8" dan 3 biji lagi saiz 7"..jadi lahhh kan.





Sep 27, 2009

Oriental Ceramic - Maple Green

Sesi tayangan dah nak mula, sila ambil tempat masing ya. Haniss mulakan dulu dengan Oriental Ceramic yang berdaun maple hijau, tak pasti la pula ada nama yang spesifik sebab selalu tu tengok yang kuning ja. Terus terang nak kata ni, sejak2 berkecimpung dalam belog ni baru lah tau apa tu Oriental Ceramic semua dengan angkatan2 nya.
Masih tak lengkap jugak lagi.....tanpa teko dan cawan pun tanpa piring. Tak payah la panjang2 cerita jom kita jamu mata.




Cawan kena menjada sementara.......harap2 tu jumpa lah piringnya nanti.


Pinggan dapat 6 biji dan mangkuk ...ada sebiji ja.


Mangkuk dalam ukuran 9", kedalaman hampir 3".

Hunting musim raya

Salam semua untuk rakan2, apa khabar sekarang..masih dalam mood raya lagi kan.
Musim raya bebaru ni sempat la juga Haniss meninjau2 kedai apek...dapat lah juga merembat beberapa barang....pelan2 nanti kita letakkan kat sini ya.

Sep 16, 2009

Kad Raya

Sebelum cuti Hari Raya ni, gagahi juga buat entri untuk gantungkan kad Raya kawan2 semua.Terima kasih banyak2 ya sebab sudi bagi kita Kad.

Dari Shas (koleksi warisan bonda)


Dari Kak Intan


Dari Welly yang buat ku memukau bila tengok dapor dia.
Add Image



Dari Yatt - yang punya koleksi pinggan yang berbagai


Dari gee yang juga tinggal diBBB, tapi lain seksyen la


Dari Izan nun di Manjung


Dari BungaMekar ...nampak klasik skali posing atas tangga tu



Daripada Kak Azah nun di Sabah sana.


Dari kak Zai dapur impian


Dari Maklang azie yang cukup cekap didapor...puji2 ni dapat la beskot raya 2-3 balang..


Dari nanie yang rajin menjahit.

Sep 13, 2009

Set cawan bunga padi.


Mula2 tu ada 3 beradik ni saja.




Satu keluarga berjumpa semula.


Posing dengan cop mohor masing2.....tayang belakang.

Salam semua, apa khabar...mesti sekarang ni tengah siap buat untuk persiapan Raya....tak berapa hari lagi dah tu. Kad raya pun banyak dah tergantung sana sini.
Untuk entri hari ni ...set cawan bunga padi. Ada kisah tersendiri disebalik nk lengkapkan cawan, piring teko tu....Memula hanya ada cawan 3beradik saja, lama lah juga dalam keadaan cam tu..

Bermula dengan kesilapan slip pada bungkusan membawa pekenalan saya dengan Dila yang tinggal kat Alor Gajah Melaka. Sms skit2 sambil cerita2 ..rupanya Dila ni selalu juga selalu mengikuti ikut blog pinggan mangkuk Hanis yang tak seberapa ni...dan semestinya la juga blog peminat tegar yang lain juga kan. Dipendekkan cerita Dila ni sebenarnya banyak simpan koleksi pinggan lama......tambahan cawan lagi 3 beradik dengan teko tu dapat dari dia lah......macam nak lengkap dah kan. Untuk Dila, siapkan blog ya...boleh pakat menjamu mata nanti.

Sep 9, 2009

Award




Salam khamis buat rakan rakan semua, harap semuanya dalam keadaan sihat walafiat hendaknya. Entri hari ni tak ada pinggan pinggan mangkuk ya ....hanya nak gantung Award yang dapat dari Yatt...yang sememangnya punya koleksi2 pinggan lama yang cukup memukau mata.

Terima kasih ya...baru belajar nak gantung Award ni..hehhehe.
Syarat-syarat untuk ambil awards ini:
1. Buat Posting tentang Award ini.
2. Linkkan pemberi awards ini di entri itu.
3. Copy-paste Image di atas.
4. Sebelum ambil jangan lupa tinggalkan komen di entri ini.

Terima kasih sebab sudi singgah ke blog saya yang tak seberapa ni.....

Sep 4, 2009

Kangkung lagi


Add Image
Entry petang jumaat dengan set cawan dan teko kangkung saya yang tak seberapa ni, semua orang ada kan set yang bermotifkan kangkung ni...antara yang paling popular dan mudah dapat lagi kan sekarang....Silalah jamu mata dengan kuih getas dan teh `o' kurang manis.....sebab kuihnya dah manis......

Sep 1, 2009

Gandingan Meakin dengan Flag & Crown


Gandingan cawan Meakin dan pinggan Flag n Crown


Cawan Meakin


Pink, Biru dan kuning....hijau mana?......


Salam semua, apa khabar rakan2 semua...baju raya raya dah siap semua ka?Mesti lah dah kan. Entry harini adalah gandingan Meakin serta Flag & Crown, serasi tak bila digandingkan bersama..sekilas pandang nampak macam sama kan, tapi kalau tengok betul2 (tengok secara nyata) mesti perasankan berbezaannya. Sebenarnya kalau tengok betul2 warna pada meakin agak lebih pekat sedikit dari Flag & Crown dan lebih berkilat...tapi saya tak kisah asalkan senada dan nampak macam satu set gituu, layannnnn.
Pinggan kuning, pink dan biru tu semuanya adalah dari almari lama buruk tuk saya dikampung, tercari2 juga kut kalau ada kalau hijau...agaknya tuk saya tu memang tak minat warna hijau agaknya..atau pun juga pembekal pinggan mangkuk setempat waktu tu tak bawa masuk set2 yang berwarna hijau ni.......

Blog Widget by LinkWithin