Salam semua.....pejam celik pejam celik dah dekat ke penghujung 2009, taun 2010 pula menjelma. Anak2 pun dah mula sekolah semula, dan biasa lah setiap kali buka sekolah tu banyaklah perbelanjaan kelengkapan mereka , pakaian , kasut ...buku dan bagai lah lagi. tapi demi untuk pelajaran dan masa depan mereka kena lah sediakan...kan tu tanggungjawab kita sebagai ibu bapa.
hunting apek?.....tak de juga...setakat `hunting' di kedai maya tu ada lah juga, sambil tekan keyboard dan mouse pun boleh shopping juga, tu la zaman sekarang ni semuanya mudah...janji mesti ada RM..hehehhe semuanya nak beli kan.
Beberapa minggu lepas ada saya masukkan entri teko montok berbunga merah kuning, tapi masa tu merangkap teko ibu tunggal yg lama juga bersendirian, akhirnya dengan bantuan Saidah jumpa jugalah dengan anaknya2. Cawan berbunga merah kuning ni juga nampak montok juga dan bermulut luas gitu (ala2 luas lagi dari mulut J gitu) tapi tanpa piring, harap2 tu akan jumpa lah nanti tu.
Esok cuti lagi.....berturut turut dah 4minggu cuti pada hari jumaat, bestnya. Insyaallah kalau jadi esok nak menghala ke Pengkalan Balak, Melaka nak berehat2 ambil angin laut dan makan ikan bakar.
Dec 30, 2009
Cawan bujang
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment