Dec 10, 2009

Sudu Tembaga

Salam ceria semua...memang ceria sikit hari ni sebab selangor cuti, bolehlah bermalas malasan kat rumah sambil bertenet, en.suami pula kerja jadi tak kemana mana lah kut hari ni. Nampaknyanya bulan Disember ni banyak la dapat merasa cuti hari jumaat bermula dari hari ni sampai lah ke 1 January 2010 nanti, bestnyaaaa.
Untuk entri hari ni pula bukan pinggan atau cawan tapi masih berkisar pasal perlatan dapur juga...Sudu tembaga atau pun `camca' - panggilan untuk orang utara. Sudu ni sebenarnya adalam simpanan mangkuk lama rumah lama tuk dikampung (yang ditinggalkan- tiada penghuni) dalam kedudukan yang agak tersorok....Masa dapat tu kata mak kaler dia tak serupa ni (mak yang tolong geledah, kita ni jadi tukang kutip bawa balik sini saja ya)selepas digilap dan cuci dengan air asam jawa nampak la berkilat skit.
Untuk makluman, kerja2 mencuci semua ni diambik alih oleh mak ya.....


Sudu dan garpu tembaga - ni sahaja yang dapat selepas dibahagi 2 dengan mak. Kata mak masa dulu2 banyak sebenarnya sudu tembaga ni, tapi mungkin dah hilang sebahagian kut. Masa kemas2 sebelum tu mak ada juga terjumpa kerongsang baju kurung emas lagi, yang pesen dulu2 tu..terlupa pulak nak ambik gambar kerongsang tu.
Angan2 masa tu kalau la masa dok kemas2 terjumpa sejongkong mas ka atau pun duit lama berkepuk kepuk ka....boleh lah buat modal hunting lagi secara besar besaran.....hehehhehe,, berangan mat jenin laaaa.


sudu teh/kecilnya pula.

Sekian saja catatan hari ni...nak kena masuk dapur dulu nak perabihkan stok daging dan tulang Kurban dalam peri ais tu...tngah cari idea nak masak apa ni...

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin