Dec 14, 2009

Mee Banjir Udang Mak Teh Kuala Sepetang

Rasa terpanggil pula nak buat entri Mee Udang selepas tengok Nannie seisi keluarga menjamu selera Mee Udang di Kuala Sepetang. Saya sekeluarga kesana masa dalam perjalanan balik kampung untuk menyambut Aidiladha yang lalu, mula2 tu 50-50 nak singgah sebab 2 orang anak dara saya tu masih belum baik sepenuhnya dari `Chicken pox'....tapi penangan nak makan mee Udang terlalu kuat, akhirnya singgah juga.
Kami menjamu selera di kedai Mak Teh sebab hanya satu2 kedai tu saja yang buka pada hari tersebut...yer la esoknya kan dah nak raya, kira nasib baik la ada yang buka..kalau tidak melopong lahhhh.....


Papan tanda ke Warung Mee Banjir Udang MakTeh


Order juga ais kacang.


Sepinggan Mee Udang (spesis udang bela - agak kecik skit berbanding udang laut). Order kedua2 jenis udang laut dan juga bela.


Mee udang bela RM 6 (dengan 12 ekor udang saiz macam gambar tu).Mee Udang Laut RM 10 (dengan 10 ekor udang yang agak besar sikit saiznya - tiada gambar).



Kulit udang bersepah.

Kesimpulannya:
o Puas makan sebab udang banyak.
o Udang belaan kurang fresh hari tu berbanding dengan udang laut
o Persekitaran tu banyak sangat lah pula lalat...mungkin penangan bau kulit udang tu kut...hehehhehe. Awas untuk mereka yang ada resdong, jenuh menggaru.

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin