Jan 13, 2009

Chicken Chop




Sesekali nak juga bertukar selera omputih.....hehehh, pertama kali buat Chicken Chop ni selalu tu makan kat luar jer pun...

CHICKEN CHOP (versi NABIALISHAD ) -

Bahan2

4 ketul ayam (peha ayam yg telah dibuang tulang- kalau malas guna dada ayam, potong jer)
2 ulas bawang merah - kisar
3 ulas bawang putih - kisar
2 inci halia - kisar
1 s/k lada hitam - tumbuk halus
2 s/b sos tiram
1 s/b kicap cair
garam sket je
tepung jagong secukupnya
putih telur secukupnya
minyak utk menggoreng

Cara Membuat

1.Perap isi ayam tadi dengan bahan2 kisar & lada hitam yg ditumbuk, sos tiram, kicap cair & garam. Gaul rata dan perapkan dlm sejam atau lebih.
2.Panaskan minyak yg byk dlm kuali. Ambil isi ayam tadi dan terus celupkan dlm putih telur dan golekkan dalam tepung jagung hingga seluruh ayam diselaputi oleh tepung jagung. 3.Masukkan dlm minyak yg panas (deep fry). Goreng hingga garing.
4. Angkat dan toskan utk kurangkan resapan minyak.

Bahan2 Black Pepper Sauce

5 ulas bawang putih - cincang halus
2 s/b tepung jagung - bancuh dlm
2 cawan air
3 s/b kicap pekat
2 s/b lada hitam - tumbuk halus
1 kiub ayam
Tambahan - 1 labu bawang holland

Cara2

1. Tumiskan bawang putih cincang hingga naik bau.
2. Masukkan air bancuhan tepung jagung tadi dan kicap pekat, lada hitam dan kiub ayam.
3. Biarkan mendidih dan kuah menjadi agak pekat. Rasakan apa2 yg kurang bolehlah ditambah garam/ perasa. Kepekatan kuah bergantung pada anda.. kalau suka pekat.. biarkan hingga kuah menjadi pekat dan bolehlah diangkat.

Bahan2 Untuk Coselow

Kobis - disagat
Carrot - disagat
Mayonese secukupnya
sedikit serbuk kayu manis
Gula

Cara2
Sayur yg disagat tadi rendam sebentar dlm air sejuk. Kemudian toskan. Masukkan dlm mangkuk yg besar dan campurkan mayonese secukupnya, sikit serbuk kayu manis & gula. Kacau hingga sebati dan sejukkan dlm peti sejuk sebelum hidang.

Bahan2 tambahan lain

1 tin baked bean
fun fries - digoreng garing
salad
tomato
timun

Nota Haniss: Selepas perap terus golekkan dalam tepung jagung tanpa mencelupkan dalam putih telur.

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin