Feb 8, 2009

Apam Gula Hangus Comel



Resipi dari forum cari, macam kek pun ada jugak Apam Gula Hangus comel ni........buat dalam acuan lompang memanglah jadi comel2.
Apam Gula Hangus Comel
Bahan
2 cawan gula - satu cawan dijadikan gula hangus.
1 cawan air
1 buku butter
3 cawan tepung gandum
3 biji telur
1 cawan susu cair - haniss guna susu segar
2 sudu teh soda bikarbonat - guna 1 sudu saja, takut bau soda kuat sangat nanti.
Cara membuatnya
1. Panaskan kukusan terlebih dahulu.
2.Gula hangus - Masakkan satu cawan gula hingga jadi warna perang, kemudian masukkan air dan butter sehingga ianya cair, ketepikan.
3. Pukul telur dan baki satu lagi cawan gula hingga ianya kembang (haniss masukkan gula sedikit demi sedikit).
4. Masukkan bahan gula hangus tadi kedalam adunan telur , kacau dan kemudian masukkan tepung yang telah pun diayak dengan soda bikarbonat. Akhir sekali masukkan susu cair/segar tadi kacau dan tapiskan.
5. Tuangkan adunan ke dalam acuan sebanyak 3/4 dan kukuskan selama 15 - 20 minit. siapppppp..

3 comments:

EJay @ Rafiqin - 019.593.6789 said...

Hanis..
apa khabar? haniss keja apa? ej link kan blog haniss kat blog ej noo.. lagi 1, minta izin copy paste petua mencuci hati tu tau..
pastu boh la chat box kat blog haniss ni.. senang nak sembang.. hehehe

Hajar said...

salam...lama tak menjenguk hanis, harap hanis sihat...memang comel2 apam tu dan yg pasti ia sedap...lamb chop kat bawah tu nmpk best sesangat tapi akak ni lamb kureng sikit, lebih prefer beef lagi...

Ana.Elianas said...

salam haniss..bila hang pindah umah baru nie hehehe..cheq tatau pun...leh la nak mai lagi nanti..comei apam gula hanguih tu...

Blog Widget by LinkWithin