Salam hari jumaat semua....
Cuti Tahun Baru Cina ni saya ke Melaka lagi, yer la cuti panjang katakan...anak2 pula sekolah tutup seminggu lagi la syok kan.Kami sekeluarga kesana sekadar berehat dan satu lagi sebagai `pencinta' makanan laut haruslah disusuli dengan agenda makan2 sambil menambah berat badan yang sedia ada...(sesekali tu ok la kan hehehhe).
Kali ni kami memilih Muara Sg. Duyong...cuti2 musim perayaan ni tau jerlah kan, memang tersangat la ramainya orang...nak dapat meja pun kena menunggu ikut giliran, nasib baik tak lama (dalam 15 minit gitu) mungkin sebab kami sampai awal.
Secara keseluruhan makanan tu ok, mungkin sebab ramai sangat maka servis pun slow skit la, menjelang makanan sampai air pun dah nak habis.
Jurupandu kami ke Muara Sg. Duyong.
Mutu gambar kurengggg ....rupanya anak2 tersalah `setting'.
Kemain lagi akak berbaju coklat tu pilih ikan. Baik2 sikit nanti terjatuh lak henbeg dlm bekas ikan tu.
Pekena ni dulu sementara tunggu makan lain sampai - punya lah lama.
Pepahat goreng cili api - masa ni kamera dah `setting' ok.
Jenahak bakar
Pencicah
Nasi Lemak secoet, cuma ada nasi dengan sambal saja.....ikan bilis mau pun telur langsung tadak.
Udang goreng tepung versi Muara Sg Duyong
Tunjuk gambar makan cukup lah, lepas makan semua dan pusing2 terus balik ke Bangi, esoknya nak menghala kearah lain pula...yer lah cuti panjang katakan. tunggulah tempatnya akan saya akan masukkan dalam entri seterusnya.
Feb 18, 2010
Pergi Melaka lagi - Muara sg Duyong pula.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment