Sambung lagi kisah cuti2 masa tahun Baru Cina.
Selepas balik dari Melaka, keesokannya kami sekeluarga nak menghala ke Sg. Besar pula...sebelum sampai kesana singgah dulu makan kenduri dirumah saudara sebelah suami, kenyanggggg sungguh siap meratah lagi sambal goreng tempe.
Tujuan kesini sebenarnya nak berehat, dan en.suami pula ambik kesempatan untuk memancing sekitar muara tu.....jadinya kami anak beranak dok bersantai dalam chalet la kaedahnya, keluar pun hanya untuk makan.
Feb 22, 2010
Dorani Bayu Resort - Sg. Besar.
Posted by Haniss 0 comments
Feb 18, 2010
Pergi Melaka lagi - Muara sg Duyong pula.
Salam hari jumaat semua....
Cuti Tahun Baru Cina ni saya ke Melaka lagi, yer la cuti panjang katakan...anak2 pula sekolah tutup seminggu lagi la syok kan.Kami sekeluarga kesana sekadar berehat dan satu lagi sebagai `pencinta' makanan laut haruslah disusuli dengan agenda makan2 sambil menambah berat badan yang sedia ada...(sesekali tu ok la kan hehehhe).
Kali ni kami memilih Muara Sg. Duyong...cuti2 musim perayaan ni tau jerlah kan, memang tersangat la ramainya orang...nak dapat meja pun kena menunggu ikut giliran, nasib baik tak lama (dalam 15 minit gitu) mungkin sebab kami sampai awal.
Secara keseluruhan makanan tu ok, mungkin sebab ramai sangat maka servis pun slow skit la, menjelang makanan sampai air pun dah nak habis.
Jurupandu kami ke Muara Sg. Duyong.
Mutu gambar kurengggg ....rupanya anak2 tersalah `setting'.
Kemain lagi akak berbaju coklat tu pilih ikan. Baik2 sikit nanti terjatuh lak henbeg dlm bekas ikan tu.
Pekena ni dulu sementara tunggu makan lain sampai - punya lah lama.
Pepahat goreng cili api - masa ni kamera dah `setting' ok.
Jenahak bakar
Pencicah
Nasi Lemak secoet, cuma ada nasi dengan sambal saja.....ikan bilis mau pun telur langsung tadak.
Udang goreng tepung versi Muara Sg Duyong
Tunjuk gambar makan cukup lah, lepas makan semua dan pusing2 terus balik ke Bangi, esoknya nak menghala kearah lain pula...yer lah cuti panjang katakan. tunggulah tempatnya akan saya akan masukkan dalam entri seterusnya.
Posted by Haniss 0 comments
Giveaway Nannie - My Passion
- Terbuka untuk semua follower blog saya yang berada di Malaysia saja , so jom la follow my blog. (dah lama follow)
- Kalau boleh buat la entry yang simple je tentang giveaway ni . (dah)
- Link kan blog saya ni di blog list anda (pun sudah)
- Sila tinggalkan sebarang komen di ruang komen dalam entry giveaway ni (sudah komen)
- Tinggalkan jejak/link blog anda di ruang komen entry ini , nanti senang saya nak contact anda .(dah tinggal jejak)
- Hanya 4 orang pemenang sahaja
Posted by Haniss 0 comments
Feb 17, 2010
Minat dengan Setem?
Salam buat rakan2 semua.
Cerita hari ni tak der pasal pinggan cawan semua tu.....tapi masih berkisar pasal hobi juga lah, nak selitkan sikit hobi en. suami kita. Sebenarnya haniss pun dulu2 minatlah juga kumpul2 setem ni tapi masa zaman sekolah rendah dulu2 la, bila dah meningkat remaja tu dah makin kureng la pula hobi ni, tinggal macam tu ja....rasanya masih ada lagi kut album setem tu kat rumah mak, kena selongkar juga nanti ni.
Berbalik kepada cerita asal (cerita kumpul setem tu la)en. suami kita ni mula kumpul setem masa zaman sekolah lagi (cewahhhhh...macam sama jer hobi waktu tu kan) dan minat ni diteruskan lagi dan paling banyak dikumpul adalah masa dia belajar di negara `White House' dulu2 sekitar penghujung tahun 80an. Hingga kini masih tersusun rapi dalam album yang hampir berkarat.....tapi walaupun berkarat tetap akan disimpan juga. Untuk sesi hari ni saya tayang dulu koleksi setem2 luar negara, setem2 Malaysia pulak disimpan dalam album berasingan dan masih disimpan dirumah MIL (nak kena ambil juga ni nanti).
Sebahagian dari album......masih ada beberapa album lagi, kalau senang nanti saya ambil gambar lagi.
Ada kesan karat, sebab terlalu lama sangat terperap kut.
Disusun mengikut abjad.
Selak sikit2 jer ambik ambik gambar....nak ambik setiap helaian jenuh laaaa...mau beratus gambar nanti.
Posted by Haniss 0 comments
Feb 9, 2010
Teko n cawan buluh
Salam petang semua.. sebelum bercuti panjang nak selitkan cawan dan teko buluh saya ni, tak tau la pula jenis buluh betung atau pun tidak. Tak mau cerita panjang2 tengok lah saja gambar teko dan cawan seciput ni.
Teko berposing secara solo
Keluarga buluh yang ada dalam simpanan saya, kebetulan sama pula corak dengan piring yang memang ada dalam simpanan.
Posted by Haniss 0 comments
Feb 8, 2010
Jejak Kasih Maple Hijau
Salam semua....harap teman2 dalam keadaan sejahtera semuanya. Rasa lama juga tak de posting baru saya , maklumlah stok yang ada pun seciput.heheh.
Tengok masing2 punya koleksi sekarang ni aduh semuanya menawan kalbu, tak per teruskan `menghunting' boleh saya menjamu mata walaupun tak memilikinya...
Untuk harini ni nak bagitau, cawan2 maple hijau yang dulu yatim piatu dah ada mak sekarang, sebenarnya dah lama dapat jejak kat mana si ibu ni tapi tu la kemain lama lagi nak ambik masa cari jalan nak balik jumpa anak2 dia.
Teko Maple .....posing sendirian
Bila dah jumpa tu posing la dengan anak2 \nya pula.
Rangkaian Maple hijau.
Posted by Haniss 0 comments