Jan 31, 2010

Pinggan Batik - Jepun mari





Salam hari isnin...lama juga rasanya saya tak buka entry baru, hari ni rasa free sikit jadi bolehlah celah masuk apa yang patut...

Hari tu tengok Che Mat & shariff dengan pinggan batik masing2 buatan england punya.... tapi cheq punya ni Jepun mari, memang nampak lain sikit sikit bila dibandingkan dengan buatan Jepun dan england ni...

Alkisahnya pinggan ni dulu2 masa zaman tok dengan tokwan , dia orang sesama adik beradik masa tu kongsi2 beli pinggan ni untuk tujuan digunakan semasa kenduri (kat kampung biasanya dipanggil `pakat' - maksudnya sepakat beli dan gunasama la gitu lebih kurang). Bila nak berkenduri kahwin anak masing2 maka pinggan `pakat' ni lah yang digunakan...zaman 60an kut masa tu. Sekarang ni tak tahulah ada lagi ka pinggan yg banyak2 tu atau pun dah pupus, yang ada sekarang ni pun beberapa keping saja yang diambil emak berbelas tahun dulu.

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin