Mar 29, 2010

Cawan bujang bunga padi

Salam hari selasa...
Cawan bujang bunga padi ni sy dapat fresh dari apek, pada mulanya tak mau dia jual sebab tak cukup lengkap dengan piring.....ayat baik punya 2-3 kali jual gak akhirnya...walaupun dah ada koleksi padi (yang seciput) nak juga tambahkan lagi sebab cawan yang saya sedia ada lain sikit shape dia (agak kembang dan tembun sikit bentuk dia)...manakala yang terbaru ni lebih mirip kepada Shape `A'. tapi tak lama cawan ni membujang, dah ada pasangannya cuma belum sampai jer lagi.....




Bentuk cawan lama dan yang baru dapat.


Dalam selit2 tu terjumpa la bentuk sebegini...maharani kan, tapi sayangnya ada sebijik jer...jadilah kan.


Gambar lama - Lempeng cicah sambal dengan kopi `O' dalam set bunga padi.

Mar 25, 2010

Giveaway Teratak Puteri @Chah



Jom join juga giveaway Teratak Puteri...sempena menyambut harijadinya Chah telah menganjurkan GA ..terimakasih ya..semoga dipanjang umur, murah rezeki serta bahagia selalu disamping keluarga tercinta. mana la tau kan untung sabut nanti, dapat la macam2 seperti gambar kat atas tu.
Terma dan syarat Chah untuk GA ni....

1- Tarikh peraduan bermula hari ini sampai 31hb March, 2010

2 - Terbuka kepada semua kawan-kawan di Malaysia sahaja yg menjadi Follower & Yang Bukan Follower..kalu yg tak jadi follower lagi tu bolehlah follow I ye..Yang bukan follower boleh tinggalkan jejak agar senang untuk saya hubungi..

3- Hendaklah memberi komen dalam entry ini..(komen di shoutbox tidak diambil kira) dan link kan blog saya pada blog masing2 supaya yg lain2 bloggers dapat tahu tentang peraduan ini..(lagi ramai..lagi meriah..)

4-Tarikh tutup peraduan ni pada 31hb March, 2010..pemenang akan diumum pada 1hb April, 2010

5- Cabutan hadiah akan diundi oleh pemilik Teratak Puteri...anak saya Puteri Qareshah..tiada istilah pilih kasih dalam cabutan ini.

Mar 21, 2010

Tureen JG Meakin - Rosa pula

Sambung dengan kisah Tureen lagi ...kali ni Rosa pula (masih dalam keadaan gayat lagi ni).






Pinggan bujur 14"


Pinggan bujur dan tureen bila digandingkan bersama.


Saya sangkut sekali piring leper.... tunggu lah balik sekali lagi nak kenen2 pinggan makan pula dan beberapa barang meakin lagi.


Close up skit....

Mar 18, 2010

Tureen JG Meakin - Caleste

Salam hari jumaat semua.
Saya mulakan entri dengan Tureen JG Meakin dulu lah ya....bukannya apa macam gayat skit la bila dapat beberapa biji serentak (untuk diri saya yang ada koleksi seciput ni). Selalu tu dok tengok rakan2 lain ja dengan tureen mereka yang berbagai bentuk dan corak....

Tureen ni pemberian MIL selepas menantu dia dok `usha' pinggan mangkuk lama yang ada kat rumah tu, dan bukan tureen saja tau...ada lagi beberapa barang lain juga yang saya bawa balik, akan dibuat tayangan satu persatu nanti. Hajat di hati nak ambik lagi banyak, tapi kata orang berapada pada lah kan , lagi pun mana la nak muat kenderaan kalau dicampur dengan barang2 lain lagi. Lain kali kalau balik boleh ambil lagi kan serba sikit.....Apa yang saya ambil semua nya menurut MIL dah hampir berpuluh tahun tak digunakan dan tak diusik dan kedudukannya pula memang tersorok atas para dalam stor, Kalau barang yang masih dalam almari tu tak sampai rasanya saya nak minta......


Kualiti gambar kurang memuaskan.....bila la nak dapat kamera baru ni?




Pinggan bujur dengan saiz 14"...juga pemberian dari MIL


Pinggan bujur dan Tureen.





Gambar lama - Pinggan makan, piring, cawan dan teko yang memang sedia ada , kira hampir lengkap sudah lah (walaupun tekonya Jepun mari tapi kira sedondon dah tu).

Award dari Chempaqa




Terimakasih kepada Chemp atas kesudian berikan Award ni......dah siap gantung dah ni....

Mar 16, 2010

Bercuti di KT.

Salam kepada rakan2 semua, apa habaq...mesti ramai yang bercuti minggu ni, almaklumlah cuti sekolah kan dan bagi kaum2 ibu sambil2 tu boleh la melawat ke apek...hehehhe.
Lama juga rasanya saya tak keudara, agak sibuk dengan macam2 hal , ditambah pula dengan kamera yang rosak baru2 ni ...adushhhhhhhhhhh,dan hari ni baru terasa lapang sikit, boleh la update serba sikit. Saya baru jer balik dari ziarah MIL di KT (K. Terengganu) dan semestinya saya ambil peluang tu `hunting' dan alhamdulillah ada la juga hasilnya serba sikit....tapi yang membuat lagi seronok tu hasil dari rumah MIL...senyum sampai ke telinga saya dibuatnya. Nk tunggu kamera baru .....aiseyyyyy lambat la pula.....apa2 saya guna henpon ja la dulu walaupun kualiti gambar tak berapa memuaskan....

Feb 22, 2010

Dorani Bayu Resort - Sg. Besar.

Sambung lagi kisah cuti2 masa tahun Baru Cina.


Selepas balik dari Melaka, keesokannya kami sekeluarga nak menghala ke Sg. Besar pula...sebelum sampai kesana singgah dulu makan kenduri dirumah saudara sebelah suami, kenyanggggg sungguh siap meratah lagi sambal goreng tempe.


Tujuan kesini sebenarnya nak berehat, dan en.suami pula ambik kesempatan untuk memancing sekitar muara tu.....jadinya kami anak beranak dok bersantai dalam chalet la kaedahnya, keluar pun hanya untuk makan.









Chalet semasa air surut


Ni pula bila air tengah pasang.






Sekitar kawasan pantai yang berselut. sekatat nak ambik angin pantai boleh la....

Hidangan ringkas malam tu..... siangnya dah kekenyangan dengan Nasi kenduri dan macam2 lagi.






Paling suka ambil gambar waktu begini.....dari dalam chalet.

Feb 18, 2010

Pergi Melaka lagi - Muara sg Duyong pula.

Salam hari jumaat semua....

Cuti Tahun Baru Cina ni saya ke Melaka lagi, yer la cuti panjang katakan...anak2 pula sekolah tutup seminggu lagi la syok kan.Kami sekeluarga kesana sekadar berehat dan satu lagi sebagai `pencinta' makanan laut haruslah disusuli dengan agenda makan2 sambil menambah berat badan yang sedia ada...(sesekali tu ok la kan hehehhe).

Kali ni kami memilih Muara Sg. Duyong...cuti2 musim perayaan ni tau jerlah kan, memang tersangat la ramainya orang...nak dapat meja pun kena menunggu ikut giliran, nasib baik tak lama (dalam 15 minit gitu) mungkin sebab kami sampai awal.
Secara keseluruhan makanan tu ok, mungkin sebab ramai sangat maka servis pun slow skit la, menjelang makanan sampai air pun dah nak habis.


Jurupandu kami ke Muara Sg. Duyong.





Mutu gambar kurengggg ....rupanya anak2 tersalah `setting'.



Kemain lagi akak berbaju coklat tu pilih ikan. Baik2 sikit nanti terjatuh lak henbeg dlm bekas ikan tu.


Pekena ni dulu sementara tunggu makan lain sampai - punya lah lama.


Pepahat goreng cili api - masa ni kamera dah `setting' ok.


Jenahak bakar


Pencicah


Nasi Lemak secoet, cuma ada nasi dengan sambal saja.....ikan bilis mau pun telur langsung tadak.




Udang goreng tepung versi Muara Sg Duyong


Tunjuk gambar makan cukup lah, lepas makan semua dan pusing2 terus balik ke Bangi, esoknya nak menghala kearah lain pula...yer lah cuti panjang katakan. tunggulah tempatnya akan saya akan masukkan dalam entri seterusnya.

Giveaway Nannie - My Passion

Join giveaway nannie - My Passion












Give away ni bermula dari hari ini 19 Febuari - 3 Mac .
- Terbuka untuk semua follower blog saya yang berada di Malaysia saja , so jom la follow my blog. (dah lama follow)
- Kalau boleh buat la entry yang simple je tentang giveaway ni . (dah)
- Link kan blog saya ni di blog list anda (pun sudah)
- Sila tinggalkan sebarang komen di ruang komen dalam entry giveaway ni (sudah komen)
- Tinggalkan jejak/link blog anda di ruang komen entry ini , nanti senang saya nak contact anda .(dah tinggal jejak)
- Hanya 4 orang pemenang sahaja

Feb 17, 2010

Minat dengan Setem?

Salam buat rakan2 semua.
Cerita hari ni tak der pasal pinggan cawan semua tu.....tapi masih berkisar pasal hobi juga lah, nak selitkan sikit hobi en. suami kita. Sebenarnya haniss pun dulu2 minatlah juga kumpul2 setem ni tapi masa zaman sekolah rendah dulu2 la, bila dah meningkat remaja tu dah makin kureng la pula hobi ni, tinggal macam tu ja....rasanya masih ada lagi kut album setem tu kat rumah mak, kena selongkar juga nanti ni.

Berbalik kepada cerita asal (cerita kumpul setem tu la)en. suami kita ni mula kumpul setem masa zaman sekolah lagi (cewahhhhh...macam sama jer hobi waktu tu kan) dan minat ni diteruskan lagi dan paling banyak dikumpul adalah masa dia belajar di negara `White House' dulu2 sekitar penghujung tahun 80an. Hingga kini masih tersusun rapi dalam album yang hampir berkarat.....tapi walaupun berkarat tetap akan disimpan juga. Untuk sesi hari ni saya tayang dulu koleksi setem2 luar negara, setem2 Malaysia pulak disimpan dalam album berasingan dan masih disimpan dirumah MIL (nak kena ambil juga ni nanti).


Sebahagian dari album......masih ada beberapa album lagi, kalau senang nanti saya ambil gambar lagi.


Ada kesan karat, sebab terlalu lama sangat terperap kut.


Disusun mengikut abjad.









Selak sikit2 jer ambik ambik gambar....nak ambik setiap helaian jenuh laaaa...mau beratus gambar nanti.

Blog Widget by LinkWithin