Entri saya untuk hari ni..biasa2 saja dan bukanlah koleksi lama pun. Cawan kopitiam ni saya beli tahun lepas disalah satu kedai nyonya (sebab yang jaga kedai waktu tu nyonya, apek tak de pun) di Semenyih. Walau pun biasa2 saja tapi tetap nak tunjuk jugak.
Sebab ada hijau2 sikit jadi untuk mencantik dan menyerikan lagi saya gandingkan teko dan creamer jug hijau. Sugar pot ada tapi dah pecah ...huwaaaaaa.
Ok ni lah set asal tersebut, teko, creamer jug yang bersama dengan 6 biji mug tapi saya keluarkan sebiji ja utk sesi bergambar.....yang lelain terselit jauh dalam kabinet. Beli belasan tahun yang lalu, memandangkan nampak bersesuaian sangat dengan set corelle `Crazy Daisy' dibawah ni yang cukup nostalgia bagi saya.
(Nampak pula bayang2 jurugambar dlm teko tu...hehehh).
Amacam ....nampak serasi tak bila saya jodohkan mereka, bolehla tu kan...bunga2 kat pinggan tu pun kehijauan macam teko tu juga kan. Ini lah set pinggan yang pertama kalinya saya beli (lebih kurang 18 tahun yang lalu)....diwaktu umur saya dalam awal 20an dan ini lah juga merupakan set pinggan yang pertama digunakan selepas kahwin, sampai sekarang ni masih lengkap lagi 1 dozen.
Sekian saja untuk hari ini.
0 comments:
Post a Comment