Aug 19, 2009

Piring dan pinggan Claytan








Apa kata kita tengok piring Claytan pula, walaupun ianya bukan la tergolong dalam pinggan lama ataupun antik saya tetap juga kumpul. Piring2 ni saya beli masa tahun 2006 semasa berkunjung ke Johor Bharu, menginap kat The Zone jadi dalam satu hari tu 2-3 kali la saya meronda kat Shopping Complex tu.....kebetulan masa tu Claytan tengah buat `Stock Clearance' jadi saya pun belilah serba sikit ...banyak2 tak boleh, memikirkan yang kami akan singgah dan bermalam pula di Melaka lepas tu....maka ambik jer la apa yang patut, ikut hati nak macam2 lagi.
Baru ja bawa keluar dari kabinet beberapa hari lalu lepas bertahun saya biar kat situ, ni semua gara sejak berjinak2 dengan blog pinggan mangkuk....tengah berkobar2 gitu.....

Piring tunggal



Baru baru ni kemas kabinet dapur bahagian barang2 yang tak berapa perlu (lama sangat tak kemas kat bahagian sini) terjumpalah la sebiji piring yatim piatu. Tak ingat dah mana dapat piring ni samada rumah mak atau pun tuk, main angkut bawa balik ja pun beberapa tahun lepas . Bila ditilik2 balik baru lah perasaan ianya mirip2 bunga sakura kat piring ni, tapi agak kelabu skit bunga ni. Harap2 tak lama lagi dapat lah cawan sebiji sebagai pasangannya.

Aug 4, 2009

Piring kecil tanpa cawan



Piring Biru dan Pink ni agak besar skit berbanding dengan yang dibawah ni. Tepinya pula agak berlekuk2 sikit.

Piring nippon.


Cap mohor dibelakang piring.









Kali ni nak kongsi pula piring kecil yang semuanya diameter dalam 4"...yang kurang sikit pun ada. Asalnya piring ni ada pasangannya masing2 (cawan ler tu) tapi sayang semuany dah pecah maka Haniss pun kutiplah piring2 tu semua , boleh juga tambah koleksi. Cawan yang datang bersama piring ni pun bersaiz comel juga.

Blog Widget by LinkWithin