Aug 4, 2009

Piring kecil tanpa cawan



Piring Biru dan Pink ni agak besar skit berbanding dengan yang dibawah ni. Tepinya pula agak berlekuk2 sikit.

Piring nippon.


Cap mohor dibelakang piring.









Kali ni nak kongsi pula piring kecil yang semuanya diameter dalam 4"...yang kurang sikit pun ada. Asalnya piring ni ada pasangannya masing2 (cawan ler tu) tapi sayang semuany dah pecah maka Haniss pun kutiplah piring2 tu semua , boleh juga tambah koleksi. Cawan yang datang bersama piring ni pun bersaiz comel juga.

Jul 27, 2009

Flag & Crown Biru


Pinggan dan piring leper ......


Flag & Crown Biru





Cap mohor kat belakang.


Flag & Crown biru pula, hari tu warna pink......design tetap sama cuma warna jer yang lain. Pinngan ni semuanya mabik dari rumah tuk kat kampung, tengok tersadai jer bawah tangga, kita pun kutip dan basuh cantik2 bawa balik sini. Masih tak lengkap sebab tak der cawan, intai kat almari MIL ada pula tu beberapa set cawan yang sama warna dengan pinggan tersebut.....alahai nak minta malu pula, nanti lah kita cuba kenenkan.

Jul 26, 2009

Buah dalam pinggan!!!!!!



Siap ada buah dalam pinggan......tapi sayang setakat boleh tengok saja lah, nak yang real beli buah letak sendiri dalam tu lah ya. Ini antara koleksi kesayangan, pemberian ibu saudara (dibeli dlm tahun 60an)yang minatnya lebih kurang saya juga ....Ada dua biji satu bersaiz 7" dan satu lagi 8", pinggan berwarna kuning cair dan tepinya berbiku2 dengan rim emas. Sekilas pandang macam pinggan keluaran Churchill dan Johnson Bros, tapi sebenarnya tidak...tengoklah cap mohor dia kat bawah ni.


Cap Mohor belakang pinggan `Flying Saucer' ...tak pasti keluaran mana, ada sesiapa yang arif boleh la perjelaskan lagi.

Pinggan ros


Pinggan dengan 2 kuntum ros tengah mengembang, 3 kuntum lagi pula masih menguncup tunggu masa nak mengembang. Masih mencari lagi cawan untuk digandingkan dengan 6 biji pinggan yang saya ada ni , mesti tampak bertambah ayu kan kalau cukup lengkap 1 set.

Jul 21, 2009

Flag & Crown (Pink)


Pinggan jenama Flag & Crown berwarna pink, design macam J&G Meakin lebih kurang, tetapi mungkin rendah skit grednya sebab nampak banyak retakan kat pinggan tu. Tapi tak kisah lah bab retakan tu.....nama pun barang antik kan.



Tepi pinggan yang berlekuk2 sedikit.



Cap Mohor dibelakang pinggan.

Jul 17, 2009

Sama tapi tak serupa



Nampak sekilas pandang sama kan...tapi sebenarnya tak serupakan bila tengok betul, satu bunga mengembang kearah luar dan satu lagi bunga macam nak terjuntai kebawah. Warna bunga tetap sama, hitam ke kelabuan.

Jul 16, 2009

Bunga Kangkung lagi



Bunga kangkung lagi, kutip dari rumah tuk kat kampung juga cuma mug tu saja set baru yang dibeli kat kedai apek. beli sebab berkenan dengan lorek2 kat bawah mug tu.

`Koja'



Kata mak, bekas isi air ni dipanggil `Koja'...tak tau lah pula di daerah/kawasan lain dipanggil apa benda ni. Satu set ada satu bekas berisi air dan gelas, dimana gelas ni juga berfungsi sebagai penutup air tersebut......dikuatiri lalat ataupun habuk terjatuh dalam tu. Set ni dibeli di Padang Besar sekitar awal 70an (menurut mak lah).

Jun 22, 2009

Ros hitam


Walaupun warna nak kehitaman namun tetap nampak cantik. Sendiri punya koleksi kena puji juga lah kan.....Masih mencari pasangan yang lengkap untu Ros hitam ni.

Jun 18, 2009

Si Kekwa Merah


Ada beberapa keping saja si kekwa merah, akan berusaha untuk melengkapkan set nya..... bila? tunggu jer lah.

Jun 17, 2009

Piring sambal bunga lalang




Kata peminat tegar pinggan mangkuk ni corak bunga lalang, tengok banyak sangat piring ni kat rumah, jadi kita pun ambil la skit tambahkan koleksi yang ada kat rumah. Piring saja yang ada kalau cukup lengkap dengan cawan, piring dan pinggan kan best.


Balang Kaca dan piring dodol





Cukup manis dipandang, apatah lagi pula bila dihidangkan dodol atau pun wajik ...tapi tu dulu2 lah kut ...sekarang ni tak la takut pecah uuuuuuu, mana nak cari lagi macam ni.


Balang dengan penutup kaca, sengaja letak pembaris sebelah nak tunjuk ketinggian balang ni...lebih kurang dalam 81/2". Rasanya tak berapa kedap udara, tak tahu pula dia orang isi apa masa dulu2.

May 27, 2009

Pinggan Meakin Kuning


Meakin warna kuning....ada serba 2 set, tak cukup 1/2 dozen jugak...banyak yang pecah. Ni pun ambik daru `tuk' kat kampung juga.


Bunga Kangkung





Bunga kangkung yang ada, pinggan dan piring serba sedozen, tapi sayang tak der cawan....nak kena cari juga lepas2 ni........baru lah cukup lengkap.

May 21, 2009

Bunga serangkai






Koleksi dibeli awal 50an oleh `tuk' (panggilan nenek untuk orang utara) di perturunkan pada cucunya......dapat lah sebiji talam kecil dengan 2 set cawan....Depa panggil set mata ikan...tapi tengok bunga berangkai2 jer pun. Warna seakan2 oren jernih, ukiran kat situ semuanya timbul..tapi awas!!!!! tak tahan panas.

May 19, 2009

Berpatah kata

Rasanya nak kena menukar tajuk la, dari masak2 nak bertukar hobi kumpul pinggan lama. Minat dan kumpul barangan pun dah lama tapi koleksi yang ada pun tak lah sebanyak mana...tak boleh lah lah nak lawan member2 lain yang saya dah menyinggah kat blog mereka. Dari semasa kesemasa saya akan letak la serba sikit koleksi saya yang seciput tu.....kalau nak masak2 bolehlah jengah ke http://rahaniss.fotopages.com/ tapi tak la sehebat macam chef2 tersohor....

Feb 8, 2009

Apam Gula Hangus Comel



Resipi dari forum cari, macam kek pun ada jugak Apam Gula Hangus comel ni........buat dalam acuan lompang memanglah jadi comel2.
Apam Gula Hangus Comel
Bahan
2 cawan gula - satu cawan dijadikan gula hangus.
1 cawan air
1 buku butter
3 cawan tepung gandum
3 biji telur
1 cawan susu cair - haniss guna susu segar
2 sudu teh soda bikarbonat - guna 1 sudu saja, takut bau soda kuat sangat nanti.
Cara membuatnya
1. Panaskan kukusan terlebih dahulu.
2.Gula hangus - Masakkan satu cawan gula hingga jadi warna perang, kemudian masukkan air dan butter sehingga ianya cair, ketepikan.
3. Pukul telur dan baki satu lagi cawan gula hingga ianya kembang (haniss masukkan gula sedikit demi sedikit).
4. Masukkan bahan gula hangus tadi kedalam adunan telur , kacau dan kemudian masukkan tepung yang telah pun diayak dengan soda bikarbonat. Akhir sekali masukkan susu cair/segar tadi kacau dan tapiskan.
5. Tuangkan adunan ke dalam acuan sebanyak 3/4 dan kukuskan selama 15 - 20 minit. siapppppp..

Lamb Chop



Menu Western lagi...kali ni Lamb Chop pulak....belasah buat ikut cam resipi Beef steak Kak Liza tu.....

BEEF STEAK - tapi ku guna Lamb

Bahan
500 gm daging steak/tenderloin [bersihkan]
1 s/b kicap pekat
1 s/k madu/gula
1 s/b sos plum - tak letak pun

Bahan kisar
1 s/k lada hitam
3 ulas bawang putih
2 ulas bawang
1 batang serai
1 inci halia

Cara:
1. Daging dipotong lebar setebal 1 cm [1/2 inci]
2. Gaulkan semua bahan yg disediakan dan perapkan selama 4 atau 5 jam.
3. Masukkan semua bahan dalam non-stick pan dan tutupkan dgn tudung.
4. Masakkan atas api sederhana sehingga air kering dan daging lembut.
5. Angkat daging dan sediakan sos.

SOS LADA HITAM

Bahan
1 s/b lada hitam
1 s/b tepung jagung ]
1 cawan air ] bancuhkan
1 s/b sos tomato
1 s/b kicap pekat

Cara
1. Gunakan non-stick pan yg merebuskan daging tadi.
2. Panaskan semua bahan termasuk bahan lebihan daging dalam non-stick pan tadi.
3. Bila mendidih, tuangkan dalam mangkuk dan sediakan sayuran untuk hidangan.

SAYURAN

Salad bulat[potong kecil]
Tomato segar [potong baji/nipis]
Kentang goreng [potato chips]
Baked beans[ panaskan sikit]
Susunkan semua saperti dalam gambar dan tuangkan sos lada hitam.

Feb 4, 2009

Pindah tempat


Meja kerja baru.


Masih serabut - macam2 ada.


Serabut bawah meja pula.


Sambil tu sempat lagi makan Talam Suji.

Baru ja berpindah ke tempat baru .......tapi bukan tempat kerja baru, masih di Syarikat yang sama tetapi meja kerja atau pun dalam bahasa orang putih dipanggil `work station'. Kali ni ditempatkan dalam bilik bercermin macam akurium lebih kurang...tapi akurium manusia la dalam tu......Dalam akurium ni pulak ada lagi akurium kecik....(bilik boss daaaaaaaaa) dengan air cond 4hp.....sejuk woooo.

Petua Mencuci Hati

Untuk dikongsi bersama:

Petua Mencuci Hati oleh Datuk Dr Haji Fadzilah Kamsah

Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati. Oleh itu di bawah ini ada beberapa cara bagaimana hendak mencuci hati. Diolah oleh pakar motivasi
Datuk Dr. Haji Fadzilah Kamsah.

1. Dirikan solat dan banyakkan berdo'a - Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo'a turut katakan "Ya,Allah jadikan hatiku bersih"


2. Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 X sebelum tidur - Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.

3. Solat taubat - Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.

4. Membaca Al-Quran - Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang- kurangnya bacalah "Qulhu-allah" sebanyak 3X.

5. Berma'af-ma' afan sesama kawan setiap hari - Semasa meminta maaf perlu sebutkan.

6. Bisikan kepada diri perkara yang positif - Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. katakan lah "Aku sebenarnya.. ....(perkara yang elok-elok belaka).

7. Program minda/cuci minda - Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati "Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif". Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya.

8. Berpuasa - Sekiranya dalam berpuasa, terhindar dari melakukan perkara-perkara kejahatan.

9. Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila- bila masa).

10. Kekalkan wuduk.

11. Bersedekah.

12. Belanja orang makan.

13. Jaga makanan - jangan makan makanan yang subhat.

14. Berkawan dengan ulama.

15. Berkawan dengan orang miskin (menginsafi).

16. Pesan pada orang, jadi baik.

17. Menjaga pacaindera (mata, telinga, mulut...dsb) , jangan dengar orang mengumpat.

Blog Widget by LinkWithin