Mar 18, 2010

Tureen JG Meakin - Caleste

Salam hari jumaat semua.
Saya mulakan entri dengan Tureen JG Meakin dulu lah ya....bukannya apa macam gayat skit la bila dapat beberapa biji serentak (untuk diri saya yang ada koleksi seciput ni). Selalu tu dok tengok rakan2 lain ja dengan tureen mereka yang berbagai bentuk dan corak....

Tureen ni pemberian MIL selepas menantu dia dok `usha' pinggan mangkuk lama yang ada kat rumah tu, dan bukan tureen saja tau...ada lagi beberapa barang lain juga yang saya bawa balik, akan dibuat tayangan satu persatu nanti. Hajat di hati nak ambik lagi banyak, tapi kata orang berapada pada lah kan , lagi pun mana la nak muat kenderaan kalau dicampur dengan barang2 lain lagi. Lain kali kalau balik boleh ambil lagi kan serba sikit.....Apa yang saya ambil semua nya menurut MIL dah hampir berpuluh tahun tak digunakan dan tak diusik dan kedudukannya pula memang tersorok atas para dalam stor, Kalau barang yang masih dalam almari tu tak sampai rasanya saya nak minta......


Kualiti gambar kurang memuaskan.....bila la nak dapat kamera baru ni?




Pinggan bujur dengan saiz 14"...juga pemberian dari MIL


Pinggan bujur dan Tureen.





Gambar lama - Pinggan makan, piring, cawan dan teko yang memang sedia ada , kira hampir lengkap sudah lah (walaupun tekonya Jepun mari tapi kira sedondon dah tu).

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin