Dec 9, 2009

Hunting di Alor Setar

Salam pagi khamis semua, harap2 semua rerakan dalam keadaan sejahtera selalu. Entri hari ni adalah hasil yang dapat masa balik beraya haji dikampung bebaru ni....dapat la serba sikit.


Dapat sebiji teko gemuk OC berbunga merah putih, rasanya ramai dah otai2 pinggan mangkuk yang memiliki teko ni (harus ada la kan)....untuk saya yang baru dapat ni kemain kembang kempis lagi...Sebelum ni dah dapat teko kurus masa kat Sarawak hari tu.


Dapat juga sugar port OC juga, tapi bunganya tak sama.....tapi sekali imbas tu boleh je lah diserasikan dengan teko2 tersebut, bukannya salah pun..hehheheh.


Keluarga OC......nampak tak perbezaan bunga pada teko dan creamer tu. cheq tak kisah sangat pun..hehhehe.


Sugar pot bunga padi, ada 2 biji dan kedua2 biji tu saya rembat......alahai blur pulak lah gambar tu.

Ada lagi...akan bersambung kemudian.
esok pula Selangor cuti, bestnyaaaa.

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin